Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang juga dikenali dengan nama Papagomo, menafikan beliau belum lagi muflis buat masa ini.
Ini berikutan mahkamah mengarahkan Papagomo menbayar Datuk Seri Anwar Ibrahim anggaran RM1 juta sebagai ganti rugi dan kos yang terhutang kepada ketua umum PKR itu berhubung satu kes saman fitnah.
Wan Muhammad Azri mendakwa bahawa beliau telah cuba mengatur pembayarannya melalui ansuran bulanan, tetapi peguam Anwar menolaknya dan mendesak pembayaran sekali gus.
Papagomo, sebelum ini kalah kes saman berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog miliknya.