Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 agar ia bersesuaian dengan keadaan semasa.
Berucap pada Majlis Makan Tengah Hari bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu perlu dilakukan memandangkan media hari ini hampir dikuasai media alternatif.
Kali terakhir Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda adalah pada 2012.