Orang ramai daripada segenap lapisan masyarakat terus membanjiri Dewan Sri Pinang bagi memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan lebuh raya pada awal pagi 17 April.
Sebahagian besar mereka tanpa segan silu menitiskan air mata. Pengawal keselamatan juga terpaksa mengiringi sesetengah individu yang hadir tetapi enggan beredar kerana jumlah yang ingin memberi penghormatan mereka terus bertambah.