Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sebelum ini beliau pernah cuba meyakinkan Singapura untuk merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan sebuah jambatan baru yang sesuai dengan zaman sekarang.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan Singapura menolak rancangan tersebut kerana Tambak Johor masih lagi boleh digunakan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rancangan kerajaan untuk memulihkan projek jambatan bengkok cetusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Najib berkata projek itu, yang hanya akan menggantikan separuh tambak dengan jambatan melengkung di bahagian Malaysia akan menjadi sesuatu yang ganjil.