MCA akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak khas membabitkan 100 orang peguam untuk menghalang enakmen hudud Kelantan daripada diluluskan mengikut saluran undang-undang.
Biro guaman MCA Tay Puah Chuan yang mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu berkata, mesyuarat pertamanya akan diadakan pada 17 Mei.
Katanya, paguam berkenaan akan membuat sumbang saran cadangan untuk menyekat usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan.