Operasi antarabangsa mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS)penerbangan MH370 yang hilang sejak Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Beijing, China, tidak membabitkan apa-apa kos kepada Malaysia kerana setiap negara yang menyumbang sumber, menanggung sendiri kosnya.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata yang terbabit hanyalah kos mengerahkan aset ketenteraan negara yang sudahpun berada di lokasi mencari.
Bagaimanapun, Hishammuddin mengulangi bahawa adalah adil bagi Malaysia berkongsi sebahagian daripada kosnya dan bukan ditanggung sepenuhnya oleh Australia.