Setiausaha Agong UMNO, Ahmad Maslan menyatakan kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad merupakan kerajaan yang zalim kerana telah mengenakan 87 tuduhan ke atas Presiden UMNO, Najib Razak.
Dalam satu sesi ceramah pilihanraya kecil (PRK) Dun Chini malam tadi, Ahmad menyatakan belum pernah ada rakyat Malaysia yang dikenakan pertuduhan sebanyak itu.
Ahli parlimen Pontian itu turut menghadapi dua pertuduhan, iaitu gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib pada 2013 kepada LHDN, dan memberi penyataan palsu kepada SPRM, tahun lalu.