PKR terus mendedahkan beberapa siri konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa parti itu diberikan kepada pemimpin dan kroni Umno.
Hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata konsesi UiTM Puncak Alam dianugerahkan kepada syarikat milik seorang ahli perniagaan Umno yang juga adalah bekas pemimpin kanan Umno di Selangor.