Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan bahawa beliau memutuskan untuk memecat lima orang anggota exco Selangor kerana melanggar sumpah setia dan aku janji yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah jawatan.
Jelasnya, kenyataan lima orang anggota Exco itu jelas melanggar sumpah taat setia kepada Sultan Selangor dan menteri besar.
Oleh itu, semua exco itu tidak boleh diteruskan perkhidmatan mereka setelah mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan menteri besar dan hanya menghadiri mesyuarat exco untuk memantau beliau.