Khuatir kebersihan air untuk terus diminum melalui paip, rakyat tidak berani untuk melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Menteri Air, Tanah, dan Sumber Asli Dr Xavier Jeyakumar.
Pada sidang Dewan Rakyat 17 Oktober lalu, Dr Xavier mengesahkan semua air paip di seluruh Malaysia yang telah diproses oleh loji rawatan air adalah selamat untuk diminum terus.
Malah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga mempertahankan kenyataan Dr Xavier bahawa air dari paip selamat untuk diminum.
Namun, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye menasihatkan air paip perlu dimasak terlebih dahulu sebelum ia boleh diminum
Ikuti tinjauan bersama wartawan KiniTV.