Ahli Parlimen pembangkang menggesa orang ramai agar menghantar bantahan kenaikan cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara beramai-ramai pada 16 Disember ini, sehari sebelum tarikh tutup penyerahan bantahan.
Wakil Batu, Tian Chua menggesa penduduk KL yang mahu menyerahkan bantahan mereka agar berkumpul di dataran DBKL pada jam 11 pagi pada hari itu.