Sekumpulan pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) hari ini mempertahankan keputusan untuk memberi pakej ganjaran sehingga RM33.4 juta kepada pengerusi eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail. Pengerusi Kumpulan Pengawas Saham Minoriti Puncak Niaga Muhammad Imran Abdullah berkata, beliau secara peribadi berpendapat Rozali berhak menerima imbuhan tersebut dan mendakwa golongan yang membangkitkan isu berkenaan bukan terdiri dari golongan pemegang saham kepada syarikat pemegang konsesi air itu.