Umum mengetahui kehebatan pelakon Zarina Zainuddin dalam membawakan watak-watak lakonannya dalam drama dan filem.
Namun umum juga mengetahui kehebatan wanita ini sebagai ibu yang membesarkan pasangan kembar 'anak syurga' (autisme).
Dalam video yang dimuat naik di laman instagram miliknya pelakon ini berkongsi saat beliau dipukul oleh salah seorangnnya Muhammad Rizal Azrai atau lebih mesra dengan panggilan Azal kerana mahu beliau berlakon dengan tidak memakai tudung.
"Tgh (sedang) drive (memandu) kereta azal pukul saya, dia suruh saya berlakun bukak tudung.Tak faham apa yang dia nak sebenarnya,Saya kena sabar, sabar sabar, anak saya tengah stress (tertekan). Apa pun ibu tetap sayang azal" tulis beliau di instagram.
Status yang turut disertakan video itu mendapat respon netizen yang mendoakan kebahagian beliau serta rata-rata pengguna internet kagum dengan kesabarannya dalam membesarkan anak-anak syurga (autisme) beliau.